Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Universiti terletak di penghujung Jalan Pendidikan, Taman Universiti, Skudai, Johor Bahru di atas tapak seluas 6.5 hektar. Jaraknya 28 km dari Bandaraya Johor Bahru dan lebih kurang 3 km dari Universiti Teknologi Malaysia.
Sekolah ini dibina bertepatan dengan hasrat kerajaan untuk memberi kemudahan pendidikan yang baik dan sempurna kepada rakyat. Sekolah ini telah dibuka pada hari Khamis, 1 Disember 1994. Seramai 1001 orang pelajar telah ditempatkan dalam kelas Peralihan, Tingkatan 1, Tingkatan 2 bersama 46 orang guru dalam memulakan sesi persekolahan tersebut.
Keadaan persekitaran infrastruktur yang belum sempurna serta bunyi bising telah menyebabkan kesemua pelajar diarah oleh Pegawai Pelajaran Daerah berpindah ke SK Taman Universiti 2 dan Sk Taman Sri Pulai. Seramai 644 orang pelajar menumpang di SK Taman Sri Pulai telah menjalani sesi persekolahan dari awal sehingga akhir Mac 1995 sebelum berpindah ke SMK Taman Universiti pada hari Isnin, 3 April 1995.
Pada awal tahun 1998, SMK Taman Universiti telah dinaikkan taraf ke Gred A. Sehinnga kini, warga sekolah terdiri daripada 2779 orang pelajar(2009), 184 orang guru(2009), 16 staf sokongan(2009) dan 6 orang pekerja swasta(2009).
SMKTUN dengan bangganya telah dirasmikan oleh YB Dato’ Hishamuddin Tun Hussein selaku Menteri Pelajaran pada 6hb. Jun 2004. Pada tahun 2008 sekali lagi SMK Taman Universiti mengukir sejarah apabila KAA(Kelas Aliran Agama) diperkenalkan pada Januari 2008.
No comments:
Post a Comment